Apakah Peranan YDP/Presiden sebenar persatuan pelajar?


Jawapan yang di bawah adalah komen2 dari presiden2 persatuan yang telah saya ambil dari beberapa blog untuk tatapan dan dan perkongsian kita bersama...dan jawapan ini adalah dari sudut pandangan saya sendiri pula...Apa yang dapat saya simpulkan di sini tugas seorang presiden ataupun x kirela ketua mana2 bahagian adalah berat sebenarnya...Kerana jika sesuatu program atau projek  berjalan dengan lancar ia adalah usaha bersama dari anak buah dan ketua projek itu sendiri bukan dari kerja perseorangan dari ketua itu sahaja tapi jika sekiranya apa jua masalah yang berlaku ketualah yang akan menanggungnya dan akan dipersalahkan...Presiden bukannya adalah orang yang bersifat autokratik ataupun perlu bersifat kuku besi dalam semua bidang hal ini adalah kerana segala arahan tidak akan berjalan lancar juga sekiranya arahan yang diberi tidak mendapat soongan sebulat suara dari Majlis Tertinggi..Jadi adalah tanggungjawab ketua untuk menerangkan dan menyediakan penerangan untuk menjadikan susuatu arahan tu dapat diterima oleh semua pihak..Presiden juga perlu kreatif dalam memberikan idea yang dpat memberi keuntungan kepada semua pihak dan jika sekiranya berlaku ketidak adilan di antara ahli adlah tnggungjwab ketua ntk meleraikan keadaan..Tanggungjwab presien biarlah org kata seperti balacipn...krn bagi saya Presiden haruslah menunjukkan cntoh trlbih dahulu ntk bkerja brsngguh2 sblum die mnyuruh dan mmbri arahan kpd ank buahnya ntk bkrja..'Kpimpinan Melalui Tauladan' rite?..Selain itu perlu saya tegaskan di sini sekiranyat trdapat msalh dalaman yg berlaku Presiden haruslah memastikan majlis tertinggi lain tidak membawa perkara ini sehingga ke luar mesyuarat kerana ini secara tidak langsung akan menggambarkan betapa lemahnya organisasi persatuan itu kepada ahli lain lebih2 lagi jika prkara ini dktahui shingga k pringkat akar umbi...Sebagai contoh sya ambil satu tokoh politik yang tidak berpuas hati dengan presidennya ats dsbbkan bbrapa faktor tiada persefahaman  dengan presidennya akhrnya tokoh politik trsbut telah dipecat dari organisasi parti itu..Apa yang saya dapati, adalah rasional ntk die dpecat krn  dsbbkan kelancngan mulutnya yang tdk menghrmati ketuanya maka  akibatnya slruh organisasi pula mndapat tmpiasnya...Janganlah kita mnjdi sprti 'Musuh Dalam Selimut' dan hanya ingin mmastikan  agenda kita sahaja trcapai hinggakan sgala arhan ktua dan ahli lain dibangkangnya..Jadi begitulah harapan saya yang amat besr kepada AJK2 TERTINGGI kali ini..Moga apa yang kita ingin jlnkan dan rancngkan dapat dijalankan dngn lncar dan sntiasa drahmati Allah s.w.t..   -Presiden BISMARK 2012-


Salam perkenalan, Saya bercakap sebagai Yang Di-Pertua (Presiden) Persatuan Pelajar Malaysia di Nizhniy Novgorod State Medical Academy, Rusia. Saya memberikan sedikit pendapat mengenai presiden persatuan pelajar mengikut pengalaman: 1. Biasanya presiden persatuan pelajar dipilih melalui undian majoriti. Ini bermakna majoriti pelajar percaya kepada kepimpinan yg dipilih. Segala tugas akan dilakukan dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Setiap persatuan perlu mempunyai perlembagaan, dan kebanyakan perlembagaan persatuan pelajar menyatakan anak buah dalam persatuan perlu mengikuti arahan Presiden. Presiden tidak boleh diperlecehkan, dan anak buah yg memperlecehkan Presiden boleh diambil diambil tindakan yg sewajarnya, tetapi jika tugas itu sukar dilaksanakan, anak buah berhak berbincang dengan Presiden tentang tugasan itu. 2. Perkara yg kecil tidak perlu dibincang sentiasa kerana perbincangan untuk perkara kecil hanya membuang masa dalam mesyuarat. Seorang presiden perlu bertegas dalam arahan perkara-perkara kecil. Jika perkara-perkara kecil pun "blur", perkara-perkara besar pula bagaimana? Jika dalam sesuatu mesyuarat, isu yg diketengahkan mencapai kebuntuan, Presiden berhak menggunakan timbang rasa dan kewarasannya untuk memilih tindakan mana lebih wajar. Perkara yg besar mesti dibawa dalam mesyuarat supaya boleh dapat keputusan secara kollektif, tetapi bagi keputusan kecil, Presiden sendiri boleh tetapkan (dan memberitahu naib Presiden sebagai tanda hormat)

*assalamualaikum saya orang baru, panggil je kak iqa *grin* topik kepimpinan adalah salah satu topik yang terlalu banyak persoalannya terutamanya bagi remaja macam kita*yes* berdasarkan pengalaman akak menyertai beberapa persatuan pelajar sebelum ini, presiden atau ketua merupakan tunggak utama kejayaan sebuah persatuan. kepimpinan juga ada banyak jenisnya.. menjawab persoalan aufi 1) pemimpin berkuasa mutlak adalah salah satu gaya kepimpinan tetapi pemimpin yang mempunyai karismatik akan lebih dihormati dan mendapat pengaruhnya yang tersendiri. sebagai contoh sekiranya aufi sebagai ketua sesuatu organisasi dan perlu mengadakan program dalam masa yang singkat sudah tentu akan mendapat tentangan dari ahli yang lain. sekiranya aufi mempunyai karisma yang kuat aufi akan meyakinkan ahli dengan kata-kata semangat tertentu. Aufi juga akan bekerjasama bersama mereka bukan hanya mengarah sahaja. secara tidak langsung ini akan meyakinkan mereka tentang gaya kepimpinan Aufi. 2)ada arahan tertentu yang perlu dibincangkan dan ada yang tidak perlu. tetapi seelok-eloknya berbincanglah agar setiap ahli merasakan diri mereka dihargai. antara arahan yang tidak perlu: -perkara yang sekecil-kecil zarah (anda tahu perkara tersebut*grin* yang perlu dibincangkan - program atau aktiviti -duit kutipan organisasi (masuk/keluar) -hala tuju - akhir sekali just nak share ni sebagai renungan 

Presiden yang baik, kerjanya sedikit tapi tanggungjawabnye besar. Kerjanya sedikit sebab dia akan delegate kepada anak-anak buah. Dalam sesebuah organisasi kan biasanya ada portfolio2 kecil yang bertanggungjawab menguruskan sesebuah aspek dalam komuniti tersebut. Tidak sepatutnyalah semua tugas dari yang sebesar-besar hingga ke sekecil-kecil diuruskan oleh presiden seorang. Tanggungjawab besar adalah kerana ia sebagai kepala, maka dia akan dipersoalkan mengenai apa jua tindakan anak buah atau keputusan yang berkaitan dengan organisasi tersebut. Berada di dalam organisasi perwakilan pelajar di sekolah saya dahulu, banyak mengajar saya aspek politik dalam organisasi ini. Bak kata penasihat saya dahulu, "Teamwork is when each member does his/her own job perfectly". Merujuk kepada soalan anda, kuasa presiden memberi arahan. Secara umumnya, kebanyakan perlembagaan yang menggariskan tugas-tugas setiap portfolio, akan ada klausa terakhir "Menjalankan tugas-tugas seperti yang diarahkan presiden." Walaubagaimanapun, tak semestinya kena turuti 100%. Anda masih boleh persoalkan, contohnya jika presiden menyuruh anda melakukan sesuatu yang di luar bidang tugas anda (suruh gi bancuh air, suruh gi lipat baju dia etc), ataupun sesuatu yang berada di bawah bidang tugas orang lain. Maka anda boleh je persoalkan secara peribadi terlebih dahulu, dan jika dia memberi sebab2 yg munasabah atau sekadar meminta pertolongan, bolehlah anda menurutinya. Dan jika anda merasakan dia bertindak zalim ke atas anda, maka bawakanlah ke dalam mesyuarat organisasi, dan jika tiada keputusan juga bawalah ke penasihat organisasi. Yang penting, jangan pendam dalam atau khabarkan kepada orang lain, terutamanya mereka yang di luar organisasi (a.k.a mengumpat), kerana ini boleh membawa imej yang buruk terhadap presiden khususnya, dan organisasi amnya Juga ditakuti ia boleh membawa kepada konflik dalaman. Perlu atau tidak arahan tersebut dibincangkan, bagi saya kalau dibincangkan itu lebih baik. Namun paling penting adalah at least memberitahu. Ini kerana orang-orang atasan organisasi ini seringkali menjadi tempat bertanya mengenai sesuatu melibatkan organisasi tersebut. Justeru adalah wajar dia mengetahui perjalanan atau sebarang tindakan yang diambil oleh anak2 buah. Contohnya jika presiden memberi arahan anak buah untuk membuat pengumuman @ menampal notis berkenaan sesuatu, maka perlulah memastikan orang2 atasan (at least) atau rakan2 sejawatan yang lain (recommended) mengetahui mengenai perkara tersebut. Ini supaya apabila ada orang yang bertanya kepada mereka (orang2 atasan), tidaklah mereka mengatakan yang mereka tidak tahu apa2, tiada kena mengena, etc etc, kerana secara tidak langsung ini boleh menjatuhkan kredibiliti mereka. "Ko ni nama je timbalan presiden, aku tanye pasal notis derma tu pun ko tak tau" etc.. Sesama ahli organisasi juga harus cuba sedaya upaya menjaga nama ahli2 lain, kerana secara tak langsung ia bermaksud menjaga nama organisasi secara keseluruhannya. Jangan pula menyalahkan rakan sejawatan @ orang atasan secara terbuka, sebaliknya jika ada teguran baiklah disampaikan secara tertutup. Contohnya, dengan menjawab "Oh pasal notis derma tu, ko tanye la A tu. Aku taktau pape, dia yang tampal". Ini secara tidak langsung menggambarkan komunikasi yang lemah dalam organisasi tersebut, selain sikap berlepas tangan dan menyalahkan orang lain. Secara peribadi bagi saya, orang sebegini tidak patut berada di dalam organisasi, kerana sikap sebegini meretakkan organisasi tersebut. 

IKRAR MAJLIS TERTINGGI BISMARK

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan bersyukur..
Tehadap Allah s.w.t…
Kami Exco Majlis Tertinggi BISMARK
Sesi 2012 Mac Hingga Julai….
Berikrar…
Mengutamakan Perlaksaan Tugas..
Dengan Jujur…
Dan Ikhlas…
Kami Juga Berjanji..
Akan Mematuhi Peraturan Dan Arahan..
Yang Telah Ditugaskan..
Dan Diamanahkan..
Sepanjang Kami Menjawat Jawatan Yang Telah Disandang…
Dengan Sepenuh Keikhlasan Hati…
Dan Sedaya Upaya Kami…
Menjadi Ahli BISMARK…
Yang berfikiran Positif…
Untuk Memperbaiki Diri…
Serta Mempertingkatkan Kualiti dan Kerja Kami..
Agar…
Menjadi Pelajar Pemasaran Yang Berintegriti
Dan Berkepimpinan Tinggi…

Salam 1BISMARK!Salam Mahasiswa

Assalamualaikum w.b.t…Terlebih dahulu ingin saya panjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana sempat memberikan saya ruang dan masa untuk saya menghasilkan blog dan sudut coretan yang ingin sudah lama saya terbitkan sejak kali pertama saya menjejakkan kaki di dalam dunia MARKETERS ataupun lebih dikenali persatuan BISMARK ini.Mungkin ramai yang tertanya-tanya ,apa tujuan blog ini sebenar diterbitkan dan biar saya perjelaskan tujuan blog ini diterbitkan adalah khas untuk kita semua berkongsi pendapat dan juga ingin menyatakan pendapat atau komen yang bertujuan khas demi untuk memartabatkan kembali nama baik persatuan BISMARK kita ini.Selain itu,dengan adanya blog ini juga akan secara tidak langsung membantu untuk menyampaikan maklumat kepada ahli-ahli BISMARK mengenai segala program dan aktiviti yang akan diadakan sepanjang tahun.Tambahan lagi blog ini juga akan membantu ahli BISMARK yang berminat untuk memasarkan segala produk atau perkhidmatan yang ingin dipromosikan.Dan akhir sekali kepada sesiapa ahli yang berminat untuk berkongsi segala nota atau maklumat berkaitan pelajaran amatlah dialu-alukan..Diharapkan dengan adanya blog ini segala matlamat dan sasaran tujuan dapat dicapai dan yang paling penting sekali hubungan yang dibina di antara ahli-ahli BISMARK akan lebih utuh secara tidak langsung menjadikan segala program yang dirancang dapat berjalan lancar….Inshaalah….