Assalamualaikum w.b.t…Terlebih dahulu ingin saya panjatkan kesyukuran ke
hadrat ilahi kerana sempat memberikan saya ruang dan masa untuk saya
menghasilkan blog dan sudut coretan yang ingin sudah lama saya terbitkan
sejak kali pertama saya menjejakkan kaki di dalam dunia MARKETERS
ataupun lebih dikenali persatuan BISMARK ini.Mungkin
ramai yang tertanya-tanya ,apa tujuan blog ini sebenar diterbitkan dan
biar saya perjelaskan tujuan blog ini diterbitkan adalah khas untuk kita
semua berkongsi pendapat dan juga ingin menyatakan pendapat atau komen yang bertujuan khas demi untuk memartabatkan kembali nama baik persatuan BISMARK kita ini.Selain itu,dengan adanya blog ini juga akan secara tidak langsung membantu untuk menyampaikan maklumat kepada ahli-ahli BISMARK mengenai segala program dan aktiviti yang akan diadakan sepanjang tahun.Tambahan lagi blog ini juga akan membantu ahli BISMARK yang berminat untuk memasarkan segala produk atau perkhidmatan yang ingin dipromosikan.Dan akhir sekali kepada sesiapa ahli yang berminat untuk berkongsi segala nota atau maklumat berkaitan pelajaran amatlah dialu-alukan..Diharapkan
dengan adanya blog ini segala matlamat dan sasaran tujuan dapat dicapai
dan yang paling penting sekali hubungan yang dibina di antara ahli-ahli
BISMARK akan lebih utuh secara tidak langsung menjadikan segala program
yang dirancang dapat berjalan lancar….Inshaalah….